Published 12:15 PM by mobile262

Kelantan layak ke suku akhir-piala FA


KELANTAN menepati ramalan apabila berjaya mengesahkan slot ke suku akhir Piala FA selepas mudah menewaskan PKNS FC 4-2 dalam saingan kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.Keputusan itu membuatkan mereka menjadi pasukan terakhir melangkah ke suku akhir susulan langkah Sime Darby,  Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak dan Johor Darul Takzim (JDT) mara bulan lalu.Dalam perlawanan itu, empat gol Kelantan disumbangkan oleh Faiz Subri pada minit keempat, Mohd Badri Radzi (ketujuh), Obinna Nwerri (23) sebelum M. Zulharis mengesahkan kemenangan buat pasukan The Red Warriors pada minit ke32.Gol PKNS pula dijaringkan oleh Nizab Ayub pada minit ke-26 dan Helmi (54) menerusi sepakan penalti.Dalam saingan suku akhir nanti, Kelantan akan bertemu Sarawak bulan depan.