KEPUTUSAN SEMALAM, menyaksikan M United (MU) memperkukuhkan kedudukannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menewaskan Liverpool 2-1 di tempat sendiri di Stadium Old Trafford, malam ini (waktu Malaysia).
Jaringan cantik bintang MU, Robin van Persie tidak mengecewakan kelabnya apabila menjaringkan gol awal pada minit ke-19 sebelum disusuli jaringan Nemanja Vidic pada minit ke-54. Walaubagaimanapun Liverpool berjaya menghasilkan jaringan melalui Daniel Sturridge pada minit ke-57. Keputusan MU (2) Liverpool (1).
Sementara itu, Manchester City menewskan Arsenal 2-0 di Stadium Emirates, sekali gus meneruskan tekanan ke atas MU dalam usaha mempertahankan gelaran juara EPL.
City memperoleh mata penuh menerusi gol yang dijaringkan oleh James Milner dan Edin Dzeko masing-masing pada minit ke-21 dan 32.