Published 8:29 AM by mobile262

Penemuan terbaru; 2 objek terapung di lautan Hindi


Pencarian MH370 masuk hari ke-13. Hari ini, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengesahkan bahawa salah satu objek terapung yang ditemui di kawasan pencariannya berukuran 24 meter.

Pegawai AMSA John Young berkata sebuah lagi objek berjaya dikesan Dan ianya lebih kecil. Beliau berkata "objek yang ditemui adalah lebih kecil."

Namun demikian Young menekankan bahawa objek-objek berkenaan mungkin tiada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Sebelum ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot mengumumkan di Parlimen negara itu bahawa dua objek yang mungkin berkait rapat dengan pesawat MAS MH370 yang telah dijumpai.

Australia mengetuai pasukan pencarian di bahagian selatan Lautan Hindi.t berkata pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menerima maklumat tersebut berdasarkan maklumat yang diterima daripada satelit.