Published 5:35 PM by mobile262

Skuad hoki negara tewaskan China 7-3


Skuad hoki negara mempamerkan aksi yang meyakinkan apabila berjaya membelasah China 7-3 pada perlawanan keempat saingan Piala Sultan Azlan Shah semalam.
Dengan Kemenangan ini Malaysia mempunyai peluang yang cerah untuk melangkah ke pentas final, sekali gus membuktikan keupayaan Malaysia dalam memenangi kejohanan pada tahun ini.
Kehilangan Faizal yang dikenakan hukuman penggantungan satu perlawanan semalam kerana didapati bersalah memecahkan kerusi plastik, tidak mematahkan semangat para pemain malah masing-masing ingin mempamerkan aksi cemerlang.