Perodua Axia atau Proton Iriz ! yang mana satu pilihan anda? kedua-duanya dalam segmen B yang mana menampilkan ciri-ciri yang menarik dan jimat petrol. Model Perodua Axia yang bakal dilancarkan berkapasiti 1.0 manakala Proton bakal melancarkan enjin berkapasiti 1.3 / 1.6. Perodua Axia boleh ditempah sekarang manakala proton masih lagi menunggu lampu hijau.
Mengenai harga! perodua telah mengambil langkah awal dengan memperkenal 3 varian untuk modelnya iaitu perodua Axia 1.0 E (Manual) dengan harga sekitar RM 24,000 -RM 25,000, manakala Axia 1.0 G terdapat dalam manual / Auto dengan harga RM 32,000 -RM 35,000. Model Axia E merupakan varian high spec dengan penampilan yang lebih menarik dan yang terakhir adalah Axia Advance iaitu model premium dengan penambahan dari sedia audio, gps, seat leather dan banyak lagi.
Proton pula akan mengumumkan harga dan spesifikasi dalam masa yang terdekat!. walaubagaimanapun proton baharu yang akan diperkenalkan akan dilengkapkan dengan enam beg udara dan sistem ABS, EPS dan hill hold assist serta enjin VVT 10 peratus lebih menjimatkan minyak berbanding Campro sebelum ini. Kelajuan maksimum dikatakan mampu mencecah 180 km sejam.