Pertembungan awal pagi tadi menyaksikan pasukan Cardiff City bukan calang-calang pasukan kerana melakukan kejutan besar dengan membenam Manchester City 3-2 di laman sendiri, ini merupakan sejarah bagi bagi pasukan Cardiff City yang membawa logo Malaysia.
kelab dari Wales itu garang bangkit melakukan kejutan untuk menundukkan juara liga 2012 yang membariskan pemain termahal. Fraizer Campbell muncul penentu kemenangan apabila menyumbat dua gol dalam 11 minit terakhir untuk memberikan barisan Malky Mackay kejayaan manakala Aron Gunnarsson menyamakan kedudukan gol pembukaan City yang dijaringkan Edin Dzeko minit ke-52.