Published 8:56 AM by mobile262

TERKINI- Nahas Bas Genting Highland


Kemalangan yang melibatkan bas di Genting Highland meragut nyawa sekurang-kurangnya 37 penumpang setakat ini selepas bas terjunam ke dalam gaung petang tadi, sewaktu menuruni bukit. kemalangan ini merupakan yang terburuk dan melibatkan banyak nyawa yang terkorban,
Setakat ini, hanya 17 mayat berjaya dikeluarkan kata Timbalan Ketua Pengarah Bomba Datuk Soiman Jahid. Seramai 16 penumpang berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang. 
Bas tersebut dipercayai membawa 53 penumpang di mana kemalangan berlaku pada jam 2.46 petang.