Assamualaikum, esok umat Islam akan menyambut Hari Kebesaran Islam iaitu Aidilfitri. Berikut adalah amalan sunat yang di ajar oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika menyambut Aidilfitri.
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidil fitri.
2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : “Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma…”
3) Memperbanyakkan Takbir di Hari Raya
Amalan takbir ini merupakan lambang Syiar Islam dan hari Raya merupakan hari dimana umat Islam menyambut hari kemenangan, selain itu kalimah Takbir dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.
Pada zaman Rasulullah SAW, ucapan “Taqabbalallahu minna wa minkum” dilafazkan ketika bertemu sesama muslim. Ucapan ini bererti "Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.
5) Memakai pakaian terbaik ketika berhari raya.
Pakaian yang terbaik tak semestinya yang malah, cukup sekadar mengikut kemampuan dan tiada pembaziran.
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi).
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya” (Riwayat Al-Bukhari)
7) Berziarah dan kunjung mengunjungi bagi mengeratkan hubungan Silatur-rahmi