Published 5:45 PM by mobile262

Proton Suprima S 1.6 Hatchback



Akhirnya Proton Holding Berhad mendedahkan nama bagi model preve hatchback iaitu Proton Suprima S. Menurut sumber model ini akan dilancarkan esok di Pusat pameran dan konvosyen MATRADE,Model ini dijual pada harga lebih RM70,000 seunit kerana dipadankan dengan enjin berkuasa Turbo dan menjadi model kereta pertama di negara ini yang menggunakan radio Android keluaran Blaupunkt yang mempunyai fungsi untuk melayari Internet, dengan sentuhan kejuruteraan Lotus yang terkenal daripada segi aspek teknologi enjin dan pemanduan, model baru itu mampu memikat golongan muda yang gemarkan kereta yang lebih sporty serta kompak. Ciri keselamatan lain ialah sistem brek anti kunci (ABS), EBD, beg udara SRS berkembar, kawalan cengkaman (TC), pengawal stabiliti elektronik (ESC) dan lampu hadapan automatik.Ciri lain termasuk butang kawalan di stereng, pedal penukar gear di stereng, butang pemula, auto cruise, pengelap cermin automatik, sistem audio sambungan Bluetooth, USB, iPod dan navigasi GPS.