Published 9:43 AM by mobile262

GEMPAR! LAGI PESAWAT MAS TERHEMPAS...


Berita yang diterima cukup mengusarkan Malaysia di mana pesawat penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa sejumlah 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dilaporkan terhempas berhampiran sempadan Ukraine, Rusia. Belum sempat kita menemui MH370, kini sebuah lagi pesawah MH17 Terhempas dan disyaki ditembak. 
Dunia kini mula beralih arah ke arah Malaysia..Dalam satu kenyataan 'Pihak MAS dalam laman Twitter mengatakan bahawa pesawat MH17 dari Amsterdam gagal dihubungi dan lokasi terakhir dikesan adalah berdekatan Ukraine'
Sumber penerbangan dari Moscow memberitahu kepada Reuters bahawa pesawat tersebut kelihatan sedang terbakar telah terhempas di bahagian timur Ukraine.
Sumber berkenaan turut melaporkan pesawat tersebut gagal memasuki ruang udara Rusia.
Menurut Penasihat Kementerian Dalam Negeri Ukraine, Anton Herashchenko yang juga dipetik daripada AP menyatakan bahawa pesawat tersebut telah ditembak oleh peluru berpandu pada kedudukan ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).
Walau bagaimanapun, pengesahan mengenainya belum dapat disahkan secara rasmi.
Sejak kebelakangan ini, beberapa pesawat tentera telah ditembak oleh kumpulan peluru berpandu ini di bahagian timur Ukraine di mana pemberontak pemisah pro-Rusia telah berjuang memerangi tentera kerajaan.
Pejabat Luar United Kingdom (UK) berkata, pihaknya sedar mengenai laporan kemalangan itu dan "segera berusaha untuk mengesahkan apa yang telah berlaku".