Published 5:46 PM by mobile262

Israel Semakin Mengganas


Israel Kini makin mengganas dan bertindak keterlaluan disaat umat Islam Palestin berpuasa. Awal pagi semalam, dua masjid di Jebaliya dan Deir el Balah musnah terkena bedilan roket Zionis, yang masuk hari kelima serangan keatas bumi Palestin.

Perbuatan itu dianggap makin kurang ajar dan kejam. Tidak terhenti di situ, semalam sahaja, Zionis meragut 16 lagi nyawa termasuk sembilan kanak-kanak di Deir el Balah dan di Beit Lahiya. Rejim Zionis akan terus menggandakan serangan udara  sebelum serangan darat dan laut dilancarkan.


Perbuatan mengebom masjid dan orang awam adalah keterlaluan. Semalam, media tempatan melaporkan, tentera Israel ada menyiarkan beberapa gambar masjid untuk dibedil menerusi laman media sosial.

Israel mula meningkatkan tumpuan sasaran di 1,100 kawasan dalam Gaza setiap minit sepanjang tempoh 24 jam sejak lima hari lalu.

Serangan makin sengit itu tidak menunjukkan tanda untuk ia dihentikan dan jauh sekali untuk mengisytiharkan gencatan senjata.