Kejadian malang yang menimpa MAS MH17 mendukacitakan seluruh dunia dan tidak sampai 2 minggu lepas itu pesawat milik Air Algerie AH5017 disahkankan terhempas di Niger selepas terbang melalui ribut kuat.
Stesen televisyen Algeria Elnahar mengesahkan pesawat itu terhempas kerana cuaca buruk. Pesawat malang tersebut terhempas selepas melalui bandaraya Niger dan dianggarkan kesemua116 orang penumpang terbunuh.
Terdapat enam anak kapal, kebanyakannya warga Sepanyol, dan 110 penumpang, yang terdiri daripada warga Perancis. Terdahulu pesawat TransAsia Airways GE222 yang terhempas ketika membuat pendaratan cemas di kepulauan Penghu, selat Taiwan terbakar selepas gagal membuat cubaan pendaratan kali kedua ketika cuaca buruk.
Menurut laporan awal, 51 orang dipercayai terbunuh dan tujuh lagi mengalami kecederaan parah.Pesawat dengan 54 penumpang dan empat anak kapal itu dipercayai cuba melakukan pendaratan pertama di lapangan terbang Makung Penghu tetapi gagal dan cubaan keduanya menyebabkan ia tersasar ke perkampungan Penghu Siansi Xixi yang terletak berhampiran.