Published 6:33 PM by mobile262

Bonus Raya Aidilfitri 2014

Berita baik untuk penjawat awam,

Kerajaan bersetuju memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan (bonus Hari Raya 2014) sebanyak RM500 sebagai persiapan hari raya Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. Berita ini disampai sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata, bantuan khas atau bonus raya 2014 itu juga akan dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

"Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat mulai 15 Julai ini. Bayaran bonus penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu kerajaan negeri Selangor turut mengumumkan pemberian bonus hari raya 2014 sebanyak sebulan gaji. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selanogr telah memutuskan bersetuju yang mana pengumuman bonus ini dilakukan sendiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk memberikan bonus raya kakitangan kerajaan Selangor 2014 bagi membantu penjawat awam Selangor membuat persediaan lebih awal bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri 2014