Lagi kes Tragis di India, Seorang ibu dibakar hingga mati oleh suami dan keluarga lelaki itu apabila gagal membayar hantaran perkahwinan. Lebih menyayat hati apabila ibu tersebut dibakar hidup-hidup ketika menyusukan bayi perempuannya.
Ekoran kejadian tersebut, polis menahan suaminya, Gunjan Masat yang didakwa menyimbah minyak tanah ke tubuh Devi dan bayi perempuan mereka sebelum membakar kedua-dua beranak itu. Menurut bapa Devi, Raghuni Rana pasangan itu berkahwin lebih setahun tetapi masalah timbul selepas Devi melahirkan bayinya.
Bagi menutupi kematian Devi dan agar kelihatan seolah-olah seperti kemalangan, Gunjan meletakkan tubuhnya berhampiran pendiang api, selain turut meletakkan bekas air berhampiran tempat itu.
Pada awal pagi 30 Januari, seorang penduduk melihat Devi dan bayi perempuannya terbaring di halaman rumah mentuanya.
Dia masih bernyawa ketika itu walaupun tubuhnya melecur 90 peratus. Dua beranak itu kemudian dikejarkan ke hospital berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.