Published 5:06 AM by mobile262

Shila Amzah dan Sharnaaz carian popular 2013

Kisah cinta dua kekasih Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad menjadi topik perbualan hangat blog, akhbar, majalah, berita tv, malah meniti dibibir peminat-peminat dunia hiburan tanah air malah di luar negara. Carian google "shila amzah dan Sharnaaz" meningkat naik secara mendadak dan menjadikan dua selebriti ini menjadi gosip panas Meletop.

Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tersebut.

Pada 8 Februari lalu Shila memuat naik rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu, dalam YouTube selain dilaporkan hilang oleh bapanya, ND Lala.
Bagaimanapun Shila akhirnya muncul dalam persembahan bersama bintang Korea iaitu Psy di Pulau pinang pada Isnin lalu tetapi enggan memberi sebarang kenyataan.
Sharnaaz seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia pada Rabu pula bertekad untuk melupakan terus Shila dalam hidupnya selain kurang senang dengan sikap ND Lala yang tidak memberi ruang kepada kekasihnya itu untuk membuat keputusan dalam hidup.
Dalam entri terbaharu Twitter milik Shila, penyanyi itu bersyukur kerana Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 28, pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya selama ini.

-diharapkan shila amzah tabah menghadapi dugaan hidup yang sentiasa mencabar.